Friday, April 10, 2009

renung2kan

~ KEISTIMEWAAN MENJADI SEORANG WANITA ~


Beruntunglah anda kaum wanita !!! Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah karena menjadi wanita.

Istimewanya Wanita :
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki krn sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.



2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.


3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.


5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.


6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).


12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.


20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.


21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.


22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titis susu yang diberikannya.


24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.


26.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan
menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.


28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.


29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.


30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.


31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.


32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.


33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.


34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.


35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.


36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh(2 thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.


37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.


39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.


40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.


41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menutupi auratnya di dunia ini dengan istiqamah.


Sekian.. moga bermanfaat bagi kita semua dan mengoptimalkan ibadah kita karena Allah… amiiin…


Kehidupan tanpa kesusahan bukan hidup


Kehidupan tanpa kesusahan bukan hidup.

Semua orang mahu hidup senang dan tidak mahu susah. Semua perkara mereka mahu yang senang tidak mahu yang susah. Pelajaran yang senang, kerja yang senang, kehidupan yang senang dan mungkin juga mati yang senang. Tapi apakah kita pernah berfikir, sejak kita lahir sampai sekarang ini, jika telah melalui beribu-ribu kesusahan dan akan menghadapi ribuan kesusahan lagi pada masa akan datang.
Jadi kehidupan kita ini penuh dengan kesusahan, apakah kita setuju bahawa kehidupan ini sinonim dengan kesusahan?

Sejak lahir, dari tidak tahu apa-apa, kita belajar merangkah, kemudian, bertahtih, kemudian kena berjalan pulak, kemudian ada pula kena belajar berjalan dengan betul mengikut kerjaya seperti polis, tentera dan model, adajuga kena belajar berlari dengan betul. Begitu juga dengan makan, bukan asal masuk mulut jer. Baik-baik tengah manja dengan mak bapak, kena pulak pergi sekolah, lepas tu bukan sebentar, bertahun lamanya. Tidak ada pelajaran yang senang, jika kita anggap senang, yang menyusun dan menulis pelajaran itu bukan senang. Baik-baik hidup sorang, kena pula kawin, kena cari duit untuk kawin, senang ker? Lepas berdua dapat anak pulak, senang ker? Tanya semua ibu yang mengandung, senang ker melahirkan anak? Lepas itu kena pula membesarkan anak, kena hantar ke sekolah dan seterusnya hingga dia juga menjadi seperti kita, bekerja, berkawin dan punya anak. Kita pula menyiapkan diri ke rumah yang abadi....ahkirat, ingat senang ker?

Jadi bagaimana, senang ke hidup? Fikir dulu sebelum jawab, jika anda masih hidup !!!!!

ORANG YANG BERSIH HATINYA

Orang yang bersih hatinya
rendah dirinya dengan Allah Taala
Sering sahaja baik sangka dengan Tuhannya
Jika dia dapat ujian kesusahan
hatinya berkata kerana dosakulah ujian ini
Tuhan hukum aku kerana dosaku
moga-moga aku terlepas daripada
hukuman di akhirat yang amat dahsyat
Kalau ada orang lain yang bernasib baik
mungkin kaya, berpangkat
gembira hatinya
Dia tumpang gembira
dengan kegembiraan orang lain
Sekiranya ada orang mendapat kecelakaan
eksiden,miskin,sakit
hatinya sedih dengan kesedihan orang
Jika dia dapat nikmat
malu dengan Tuhannya
kerana dia rasa tidak layak menerimanya
Hatinya merasakan apa maksud Tuhan
memberi aku nikmat
untuk aku bersyukur atau kufur?
Cemas jiwanya, gembiranya tidak begitu ketara
kerana ia menjadi tanda tanya
Hajat-hajatnya yang tidak dapat dia redha
baik sangka dengan Tuhan
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
kerana dia tahu
Tuhan lebijh bijaksana mentakdirkan
Dia disusahkan orang teringat dosanya
kerana dosakulah ini
Dia tidak berdendam
bahkan mendoakan dengan kebaikan
Nikmat Tuhan disyukurinya
pemberian dan pertolongan orang diingati
dan dibalasinya
Hatinya sentiasa cemas
kematian di depan mata, bila-bila boleh tiba
Gelisah dengan dosa
amal ibadahnya dilupakan sahaja
kerana dia tidak tahu
apakah diterima atau sebaliknya
Kakinya di dunia, hatinya dengan Tuhannya
perasaannya sering sahaja di akhirat
Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhannya



~ 3 HARI SAHAJA ~

Yang pertama;

Hari kemarin.
Anda tak bisa mengubah apa pun yang
telah terjadi.

Anda tak bisa menarik perkataan yang telah
terucapkan.

Anda tak mungkin lagi menghapus kesalahan dan
mengulangi kegembiraan
yang
anda rasakan kemarin.

Biarkan hari kemarin lewat; lepaskan saja...

Yang kedua:

hari esok.
Hingga mentari esok hari terbit,
Anda tak tahu apa yang akan terjadi.

Anda tak bisa melakukan apa-apa esok hari.

Anda tak mungkin sedih atau ceria di esok hari.

Esok hari belum tiba; biarkan saja...



Yang tersisa kini hanyalah hari ini.


Pintu masa lalu telah tertutup,
Pintu masa depan pun belum tiba.

Pusatkan saja diri anda untuk hari ini.

Anda dapat mengerjakan lebih banyak hal hari ini bila
anda mampu
memaafkan
hari kemarin dan melepaskan ketakutan akan esok hari.



Hiduplah hari ini.
Karena, masa lalu dan masa depan
hanyalah permainan
pikiran yang rumit.


Hiduplah apa adanya.

Karena yang ada hanyalah hari ini, hari ini yang
abadi.


Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati dan rasa
hormat,
meski mereka berlaku buruk pada anda.

Cintailah seseorang sepenuh hati hari ini, karena
mungkin besok cerita
sudah berganti.

Ingatlah bahwa anda menunjukkan penghargaan pada
orang lain bukan
karena
siapa mereka, tetapi karena siapakah diri anda
sendiri



Jadi teman, jangan biarkan masa lalu mengekangmu atau
masa depan
membuatmu
bingung, lakukan yang terbaik HARI INI dan lakukan
sekarang
juga!!!!!!



~ SEBAGAI PERINGATAN BERSAMA ~

Hanya Ingin Mengingatkan ...

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.


2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.


3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.


4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.


5.
Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan

"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ...

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.


2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.


3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.


4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.


5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)

Nabi Muhammad S.A.
W bersabda:

" Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.


2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.


3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.


4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.


Beberapa kata renungan dari Qur'an :Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya

Asar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.


Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails